Wednesday 26 July 2017

Filled Under:

Sayu : SELAMAT TINGGAL .. JURUTERA MAUT TRAGIS KESAN TEMBAKAN DI KEPALA SENAPANG DISISI. (8GAMBAR).



Shah Alam : Bapa mertua terkejut dengar tembakan dari dalam rumah semasa membuka pagar pulang dari mengambil cucu dari sekolah.
Terus bergegas kedalam rumah melihat arwah terbaring kaku dengan kesan tembakan dikepala, selaras senapang disini.
Arwah bertugas sebagai seorang jurutera agensi pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang mende­rita sakit misteri sejak beberapa tahun lalu ditemui mati dengan kesan tembakan pada kepala dalam kejadian di rumahnya di Seksyen 7 di sini semalam.
Mayat Said Udin (gambar kecil), 50, ditemui oleh bapa mertuanya pada pukul 1.15 petang di bilik air di tingkat atas rumah teres dua tingkat didiami mangsa bersama keluarganya. Turut ditemui di sisi mayat mangsa selaras senapang patah.
Said dikatakan mengalami sakit misteri sudah beberapa tahun dan sejak kebelakangan ini dia kurang bercakap dan lebih banyak menyendiri.
Difahamkan, doktor memberi cuti sakit selama dua bulan kepada Said.
Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Nek Zaidi Zakaria berkata, bapa mertua mangsa yang baru sampai ke rumah selepas menjemput cucunya dari sekolah terkejut apabila mendengar bunyi tembakan dari tingkat atas rumah tersebut.
“Lelaki itu masuk ke rumah dan menjumpai Said dengan kesan tembakan pada kiri kepala dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. Turut ditemui selaras senapang patah di sisi mayatnya,” kata beliau ketika ditemui di sini semalam.
Apa yang berlaku mengundang pilu keluarga dan para kenalan arwah, mereka tidak sangaka perkara sedemikian boleh berlaku kepada arwah semoga rohnya dicucuri rahmat. Aamiin
Sumber asal : Beritasayu.net




0 comments:

Post a Comment